Jerman mahu kunci Ronaldo

Dari kiri, pemain tengah Jerman, Ilkay Gundogan, Leroy Sane dan Ginter giat menjalani latihan di Herzogenaurach sebagai persaipan menjelang aksi Euro 2020.
Dari kiri, pemain tengah Jerman, Ilkay Gundogan, Leroy Sane dan Ginter giat menjalani latihan di Herzogenaurach sebagai persaipan menjelang aksi Euro 2020.
A
A
A

JERMAN bertekad mengunci pergerakan lincah, penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo apabila kedua-dua pasukan berentap di Allianz Arena dalam usaha menghidupkan semula peluang gergasi dunia tersebut pada saingan Euro 2020 kali ini.

Tonggak pertahanan Jerman, Matthias Ginter berkata, beliau pernah mengekang pergerakan bintang Juventus tersebut beberapa kali ketika bersama Borussia Dortmund pada saingan Eropah sebelum ini.

“Sejujurnya, saya tidak pernah menyaksikan klip video pergerakan Ronaldo, tapi saya pernah beraksi menentang beliau sebelum ini.

“Saya akui bahawa Ronaldo merupakan antara penyerang terbaik dunia pada ketika ini, apatah lagi telah pun menjaringkan dua gol sebelum ini.

“Sememangnya, Ronaldo kini berada pada tahap terbaiknya, dan kami perlu lebih berwaspada kelincahannya, namun pemain-pemain Jerman begitu teruja untuk berdepan Ronaldo,” katanya.

Jerman sebelum ini yang tewas 0-1 pada aksi pembukaan menentang Perancis hasil jaringan sendiri, Mats Hummels dilihat lebih tertekan dalam menghidupkan semula peluang mara dalam kumpulan F.

Ronaldo, sebelum ini telah membantu Portugal menewaskan Hungary 3-0 di Budapest, dengan dua gol dijaringkan bekas pemain Real Madrid, Manchester United dan Sporting Lisbon tersebut.

Ronaldo kini meledak 106 gol dalam 176 pertandingan bersama Portugal, tiga gol kurang daripada rekod milik penyerang sensasi Iran, Ali Daei yang menjaringkan 109 gol ketika menyarung jersi Iran dari 1993 hingga 2006.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Ronaldo belum pernah menjaringkan gol dalam empat pertemuan terakhir menentang Jerman.

Selain Ronaldo, Ginter juga menyifatkan Jerman juga dijangka berdepan ancaman penyerang kelab liga Jerman, Eintracht Frankfurt, Andre Silva yang telah meledak sebanyak 28 pada musim ini.

“Jerman melakukan kesilapan besar jika hanya memberi tumpuan kepada Ronaldo sahaja kerana mereka juga memiliki trio Liga Perdana Inggeris seperti Bruno Fernandes, Diogo Jota dan Bernardo Silva yang mampu mencipta jaringan.

“Apa pun, secara jujur Jerman teruja untuk kembali ke prestasi semula pasukan setelah menilai persembahan secara keseluruhan ketika berdepan Perancis.

“Semasa menentang Perancis, kami memiliki deretan peluang menjaringkan gol, namun terlalu perlahan memanfaatkannya,” katanya.