Itali lulus rang undang-undang antimigran

Salvini
Salvini
A
A
A

ROM - ITALI. Parlimen Itali, semalam meluluskan rang undang-undang antimigran yang tegas dan rang undang-undang yang digubal Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri, Matteo Salvini walaupun berdepan kritikan pihak berhaluan kiri.

Rang undang-undang kontroversi itu diluluskan Dewan Perwakilan selepas mendapat 396 undi sokongan manakala 99 menolak yang memudahkan langkah mengusir migran dan menyekat permit residen.

"Saya sangat gembira, ia adalah hari yang istimewa," kata Salvini selepas meluluskan rang undang-undang tersebut.

Beliau yang mewakili Parti Liga Utara dan membentuk pakatan dengan Pakatan Lima Bintang (M5S) mendakwa Kesatuan Eropah (EU) meletakkan beban pelarian yg tiba di rantau itu ke atas Itali.

Difahamkan, ia juga telah diluluskan Majlis Menteri pada September lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Giuseppe Conte menyatakan pendirian untuk menjauhkan negara terbabit daripada pakatan migrasi PBB. - AFP

Artikel Berkaitan: