Pelan Pemulihan Negara harapan baharu keluar daripada pandemik: PM

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pelan Pemulihan Negara akan menjadi harapan baharu untuk negara keluar daripada pandemik Covid-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Selasa, Muhyiddin mengumumkan yakin hasrat Malaysia untuk keluar daripada krisis pandemik Covid-19 ketika ini semakin 'cerah'.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan pada penerimaan bekalan vaksin yang lebih banyak dan pelaksanaan proses vaksinasi yang semakin rancak ketika ini.

"Kita telah dapat melihat sinar yang lebih terang di hujung terowong. Pada permulaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kadar vaksinasi adalah sekitar 5,000 hingga 8,000 dos sehari.

"Ia telah meningkat ke 50,000 hingga 80,000 sekitar bulan Mei. Malah semalam (Isnin), kadar vaksinasi telah mencecah 197,963 dos dan saya yakin usaha ini akan terus dipertingkatkan hingga lebih 300,000 dos sehari dalam bulan-bulan mendatang," katanya.

Artikel Berkaitan: