Guru madrasah bertopengkan syaitan

Suspek akhirnya dicekup polis.
Suspek akhirnya dicekup polis.
A
A
A

DHAKA - BANGLADESH. Taktik licik seorang guru madrasah berpindah randah dan kerap menukar nombor telefon bagi mengelak dikesan gagal, apabila dia dicekup polis semalam.

Guru berkenaan diburu polis sejak 10 Januari lalu kerana terbabit dalam kes rogol salah seorang pelajarnya.

Suspek, Md Saiful Islam mengajar di Madrasah Saheber Haola Rafezia Dakhil di daerah Barguna.

Mengikut fakta kes, suspek bertindak memperdaya dan memujuk mangsa datang ke rumahnya.

"Setibanya di rumah suspek, mangsa dirogol. Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke hospital.

"Sejak itu, suspek menghilangkan diri," kata jurucakap polis.

Kes didaftarkan selepas bapa mangsa membuat laporan polis. - Agensi

Artikel Berkaitan: