Harga sayur naik melambung

Pekerja menimbang sayur kangkung sebelum dijual ketika tinjauan di sebuah pasar borong di Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama
Pekerja menimbang sayur kangkung sebelum dijual ketika tinjauan di sebuah pasar borong di Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

SUDAH jatuh ditimpa tangga, dipatuk angsa. Begitulah ibaratnya rakyat kita sekarang. Sudahlah harga barang keperluan utama naik, harga ikan melambung, menurut laporan akhbar ini harga sayur pula tak terkawal.

Puncanya antara lain disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Cameron Highlands.

Menurut berita, lebih 12,000 pekerja warga asing tidak boleh keluar bekerja disebabkan PKPD. Kita tidak tahu selama mana PKPD itu akan berjalan. Tapi kesannya akan lebih buruk pada minggu-minggu akan datang.

Seminggu dua lalu, heboh berita kenaikan harga minyak masak. Rakyat mengeluh dengan kenaikan mendadak.

Awang harap kementerian yang berkenaan pantau masalah kenaikan harga barang keperluan rakyat. Ia membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Rakyat terkurung sekarang. Ramai yang tidak bekerja dan hilang pekerjaan. Keadaan hidup rakyat semakin tersepit. Mereka yang bekerja sendiri dan berpendapatan rendah dah susah nak bernafas.

Jika kerajaan tak pantau harga barang-barang keperluan asas, kesan buruknya pada rakyat juga.

Janganlah pak-pak menteri kementerian berkaitan beri macam-macam helah dan alasan, ada yang tak masuk akal pun. Hormatilah rakyat. Mereka cerdik dan boleh menilai. Sekiranya semua kementerian yang terbabit gembleng tenaga dan berfikir, tentulah boleh dicari penyelesaian yang terbaik.

Artikel Berkaitan:

Inilah masanya untuk bantu rakyat dengan cara beri subsidi.