X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 22 Oktober 2021

95 pelajar ECER UMK cemerlang

Pelajar Program Latihan Kemahiran Akademik Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengulang kaji pelajaran sebelum berdepan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 lalu.
A
A

KOTA BHARU - Sejumlah 95 pelajar yang mengikuti Program Latihan Kemahiran Akademik Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan cemerlang melebihi 5A.

Pengurus Besar Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Kelantan, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, keputusan itu memberangsangkan biarpun calon SPM 2020 mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dikuatkuasakan kerana pandemik Covid-19.

Menurutnya, pencapaian itu berlandaskan modul pembelajaran yang dibekalkan kepada pelajar untuk mengikuti sesi ulangkaji pelajaran sekali gus membantu mereka belajar secara dalam talian.

Katanya, modul tersebut mudah diakses dan memberi kemudahan kepada pelajar SPM memahami subjek dengan lebih berkesan semasa PdPR.

“Pelajar terlibat dari enam daerah iaitu Bachok, Gua Musang, Jeli, Kota Bharu (Ketereh), Pasir Puteh dan Tanah Merah.

“Keberkesanan program ini terbukti dengan keputusan SPM dicatat oleh 95 daripada mereka yang beroleh lebih 5A,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Menurut beliau, selain itu program berjaya memanfaatkan keseluruhan 1,200 calon SPM 2020 di 36 buah sekolah di enam daerah terlibat.

“Antara yang dijalankan dalam program itu adalah kelas tambahan percuma, program motivasi dalam talian dan program khusus dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek bahasa Inggeris serta matematik.

"Di bawah program ECER ini juga calon SPM akan terus dibimbing untuk memastikan mereka melanjutkan pengajian mengikut saluran yang tepat dan bersesuaian dengan keputusan mereka,” katanya.

Sementara itu, pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gaal Pasir Puteh, Mohammad Faisal Amir Rosli, 18, berkata, Program Latihan Kemahiran Akademik ECER banyak membantu dia dan pelajar lain berdepan peperiksaan SPM 2020 ketika negara berdepan cabaran Covid-19.

Mohammad Faisal Amir Rosli yang menyertai Program Latihan Kemahiran Akademik Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat keputusan 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
Mohammad Faisal Amir Rosli yang menyertai Program Latihan Kemahiran Akademik Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat keputusan 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Katanya, modul latihan dalam talian yang dibekalkan oleh ECER banyak membantu mengekalkan motivasi dan semangat untuk menjawab peperiksaan dalam keadaan penuh mencabar.

“Saya manfaatkan peluang untuk mendapat keputusan cemerlang 8A.

“Alhamdulillah, dengan berkat ALLAH SWT dan modul latihan akademik ECER kami beroleh kejayaan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!