X

Kindly register in order to view this article
!

Rasuah boleh hancurkan tadbir urus negara

Ahmad Tirmizi Ali
A
A

SHAH ALAM - Amalan rasuah boleh menyebabkan sistem kewangan dan tadbir urus negara akan menjadi rosak disebabkan tiada keberkatan dalam mencari rezeki.

Penceramah bebas, Ahmad Tirmizi Ali berkata, harta yang dicari dengan cara yang haram akan menyebabkan seorang Muslim itu susah untuk menambahkan rezeki.

“Macam mana rezeki nak bertambah kalau mendapatkan harta, duit dengan cara yang haram dan tidak halal.

“Sedangkan di dalam al-Quran ALLAH ada menyebut: ‘kalau kamu bersyukur nikmat aku (ALLAH) akan aku tambah, kalau kamu kufur azab aku sangat pedih’,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Islam memandang berat jenayah rasuah bahkan mengecam orang yang mengambil dan memberi rasuah.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis juga memberi peringatan yang begitu keras kepada orang yang menerima dan memberi rasuah.

“Begitu juga dengan agama lain, saya percaya mereka mementingkan tentang kebaikan dan tidak mahu akan kemudaratan.

“Sifat manusia juga tidak suka dan membenci amalan rasuah yang menyebabkan kerosakan kepada sistem negara.

“Amalan rasuah juga menyebabkan berlakunya penindasan dalam masyarakat untuk kepentingan peribadi yang akhirnya menyebabkan masyarakat itu porak-peranda,” ujarnya.

Tambah beliau, amalan rasuah yang sudah hidup dari generasi ke generasi kini menjadi perkara normal dalam kalangan umat Islam.

“Kesedaran agama dan moral yang rendah menyebabkan kita memandang satu perkara yang salah itu lama kelamaan sudah menjadi perkara yang biasa,’’ tegasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!