X

Kindly register in order to view this article
!

TMJ tawar diri perkasa Harimau Malaya

Tunku Ismail
A
A

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia menawarkan khidmatnya untuk mengendali serta menguruskan skuad Harimau Malaya.

Perkara itu diluahkan Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan ringkas pada ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya.

“Kepada Presiden FAM, izinkan saya menguruskan pasukan kebangsaan. Saya akan sediakan fasiliti latihan dan jurulatih yang terbaik. Saya tidak janjikan kejayaan segera tetapi saya memberi jaminan akan peningkatan skuad kebangsaan,” tulisnya.

Antara kenyataan Tunku Ismail pada ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya.
Antara kenyataan Tunku Ismail pada ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menjelaskan sebab-sebab barisan pemain JDT tidak ‘perform’ dalam skuad Harimau Malaya walaupun mereka berjaya membantu kelab itu memenangi 17 piala dalam saingan domestik.

“Jawapannya ialah kepimpinan. Contoh, selepas 17 piala, pemain JDT bermain setiap perlawanan seolah-olah mereka tidak pernah menang apa-apa. Intensiti, disiplin dan fokus. Bagaimana?

“Awak mahu tahu apa perkara pertama yang saya lakukan di JDT? Saya kawal semua ‘access’ dalam pasukan. Dari media, wartawan, syarikat dan juga pemain dalam penggunaan media sosial supaya mereka akan lebih fokus kepada kerja masing-masing,” ujarnya.

Antara kenyataan Tunku Ismail pada ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya.
Antara kenyataan Tunku Ismail pada ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya.

Malah, Tunku Ismail mencadangkan kepada FAM tidak memberi status naturalisasi kepada mana-mana pemain asing dengan sewenang-wenangnya pada masa akan datang.

"Hari ini pergi untuk tugasan pasukan kebangsaan bukan lagi satu misi atau tugas bagi sesetengah orang. Ia seperti percutian musim panas.

"Sistem mesti diubah. Lepas ini naturalisasi jangan bagi sebarang sebarang. Ia mesti dikawal dan dianalisis oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan. Adakah pemain itu sesuai dengan gaya permainan kita?

"Sasaran realistik. Selangkah demi selangkah. Setiap langkah positif adalah bonus. Jika keputusan tidak baik, kita bekerja keras," kata Tunku Ismail.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!