X

Kindly register in order to view this article
!

54 individu dikompaun joging, lepak di jambatan

54 individu yang melepak dan berjoging di Jambatan Raja Muda Nala, Klang pada Ahad dikenakan kompaun oleh polis.
A
A

KLANG - Gara-gara berkumpul dan berjoging sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Sekatan Pergerakan Penuh, seramai 54 individu dikenakan kompaun di Jambatan Raja Muda Nala, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tindakan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam terhadap aktiviti di lokasi berkenaan.

"Tinjauan dijalankan kira-kira jam 6 petang mendapati terdapat ramai orang awam telah meletak kenderaan berdekatan tempat halangan batu di lokasi berkenaan.

"Selain itu terdapat aktiviti berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang telah ditutup," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, sehubungan itu, seramai 54 individu telah dikenakan kompaun bernilai RM2,000 setiap satu.

"Kompaun dikeluarkan terhadap mereka yang berada di lokasi aduan, bantuan turut diberikan oleh Ibu Pejapat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan menghantar Team Enforcement IPK Selangor," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!