X

Kindly register in order to view this article
!

Dakwaan kerajaan PN gagal disebabkan menteri kabinet tidak berasas

Annuar Musa
A
A

SHAH ALAM- Dakwaan yang mengatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal disebabkan anggota kabinetnya dilihat tidak berasas.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana, sehingga hari ini kerajaan PN masih konsisten dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.

Menurut beliau, Kabinet yang ada ketika ini adalah ‘kabinet yang bekerja’ meskipun pelbagai kritikan dilemparkan kepada mereka.

“Kerajaan yang ada pada hari ini, meskipun pelbagai kritikan diterima saya rasa Kabinet ini paling tenang daripada kabinet yang terdahulu.

“Walaupun datang daripada luar parti yang bertelagah, tetapi dari segi bekerja sebagai satu kerajaan saya boleh katakan tiada pun satu insiden yang berlaku seperti pertengkaran, percanggahan pendapat dalam bentuk yang orang kata macam krisis yang kita tengok di luar.

“Meskipun Kabinet PN berfungsi dalam keadaan yang tidak ideal susulan ‘berkeceramuk’ kerana datang daripada pelbagai pemimpin parti yang tidak sehaluan sebelum ini, namun Kabinet ini dapat berfungsi dengan baik.” katanya dalam program ‘Segalanya Tentang Kerajaan’ menerusi Garasi TV pada Ahad.

Tambah beliau, kerajaan ketika ini telah membuat ketetapan untuk tidak fokus mengenai politik, sebaliknya menjadikan nyawa rakyat sebagai tumpuan utama.

“Kita pada setiap Rabu mesyuarat Kabinet, kita bincang secara harmoni hanya satu matlamat kerajaan PN ialah mengatasi krisis kesihatan, ekonomi dan sebahagian isu politik dan kita sekarang buat ketetapan untuk tidak fokus mengenai politik, sebaliknya nyawa rakyat menjadi keutamaan kita,”katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!