Hidup 'merempat' ditipu rakan

hidup merempat

Paparan Facebook Rizal Tisin dan Mohamad Syazwan (kanan). (Rizal Tisin)
Paparan Facebook Rizal Tisin dan Mohamad Syazwan (kanan). (Rizal Tisin)
A
A
A

TULAR di media sosial kisah pemenang pingat emas sukan Para Asean ke-9, Mohamad Syazwan Roshdi, hidup 'merempat' dan ditemui menumpang di surau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kurantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru.

Menerusi Facebook Rizal Tisin juga pelumba trek profesional Malaysia secara kebetulan bertemu dengan Mohamad Syazwan ketika selesai solat Isyak.

Katanya, Mohamad Syazwan juga Orang Kelainan Upaya (OKU) telah tiga hari tumpang tidur di surau berkenaan setelah didakwa ditipu rakannya dari Singapura yang menjanjikan pekerjaan di sana.

"Cerita dia, si Syazwan ini sudah tiga hari tidur kat surau CIQ JB sebab sudah kena 'kencing' dengan kawan dia dari Singapura kata hendak tolong mencari kerja dekat sana.

"Si Wan ini ulang alik selama tiga hari gigih hendak mencari kerja kat sana sebab sudah berjanji dengan mak dia yang dia nak pergi kerja di Singapura.

"Tetapi malang nasibnya apabila rakan itu telah menipu wangnya sebanyak RM500 dan terus sekat nombor telefonnya sehingga kini," katanya.

Sememangnya Rizal mengakui atlet perlu berdikari dan tidak boleh mengharapkan bantuan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) atau Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekiranya atlet itu tidak menyambung kontrak bersama MSN.

"Betul juga tidak boleh mengharapkan MSN atau KBS tolong semua atlet yang sudah tidak disambung kontrak namun Syazwan adalah OKU dimana kedua-dua tangan dia kecil dan tidak kuat. Nak makan lurus mulut ke pinggan pun susah.

Artikel Berkaitan:

"Padangan (netizen) apa kita perlu buat? Buat masa ini, aku bawa dia pulang ke rumah sementara cari jalan penyelesaian," ujarnya.

Sementara itu rata-rata netizen bersimpati atas nasib yang menimpa Mohamad Syazwan dan sudi membantu termasuk dari segi kewangan.

Najuib Hakeemspeed berkata." Rizal, bawa dia datang kedai... saya ada kerja untuk dia... tempat tinggal pun ada".

Bagi Amirol Azery pula," PM nombor akaun dia bro".

Difahamkan, bulan lalu, dua rakan sepasukannya dalam skuad negara yang juga tidak disambung kontrak menjadi tumpuan apabila menjual jambu dan terlibat dalam perniagaan gunting di Jalan Peel Kuala Lumpur.

Namun nasib Shukor Farhan Suliman dan Mohd Nur Syafiq Suhaimy kemudiannya dilihat terbela apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjanjikan bantuan kepada mereka.