X

Kindly register in order to view this article
!

Penduduk degil pasang semula tali 'tukar barang' di Sungai Golok

Anggota polis melakukan pemeriksaan di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang bagi memastikan tiada tali dipasang bagi tujuan 'tukar barang'.
A
A

RANTAU PANJANG - Penduduk di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang di sini masih ingkar dan berdegil apabila memasang semula tali untuk aktiviti 'tukar barang'.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, hasil pemantauan mendapati tali dipasang semula di beberapa lokasi antaranya pangkalan haram paun, Hassan boweh, Hassan merah dan pohon jambu.

"Kami telah memotong semua tali tersebut bagi membendung aktiviti tukar barang di kawasan sempadan.

"Tindakan tersebut dilihat bercanggah dengan undang-undang dan dibimbangi boleh menggugat keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan aktiviti penyeludupan dadah dan senjata api boleh dilakukan menggunakan kaedah tersebut.

"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang ditangkap semasa melakukan aktiviti tersebut.

"Penduduk dinasihatkan supaya tidak menggunakan tali-tali tersebut sekiranya tidak mahu berdepan tindakan," katanya.

Sinar Harian pada 7 Jun lalu melaporkan, polis memotong semua tali yang dipasang oleh penduduk di sepanjang Sungai Golok di sini bagi mengekang aktiviti tukar barang yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand.

Operasi pemotongan tali itu dilakukan di tiga buah pangkalan haram sekitar bandar Rantau Panjang iaitu Syed Agil, Che Kassim dan Jambu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!