Hanya 60,000 penduduk, warga Arab Saudi dibenarkan tunai haji

Arab Saudi hanya membenarkan ibadah haji tahun ini kepada 60,000 penduduk dan warganegara yang tinggal di negara itu berikutan wabak Covid-19 yang kini sedang melanda dunia.
Arab Saudi hanya membenarkan ibadah haji tahun ini kepada 60,000 penduduk dan warganegara yang tinggal di negara itu berikutan wabak Covid-19 yang kini sedang melanda dunia.
A
A
A

RIYADH - [DIKEMAS KINI] Arab Saudi akan mengehadkan jumlah jemaah haji pada tahun ini kepada 60,000 orang dan hanya diberikan kepada penduduk serta ekspatriat di negara tersebut.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah pada Sabtu, kebenaran untuk mendaftar hanya akan diberikan kepada bakal jemaah berusia 18 hingga 65 tahun dan telah menerima suntikan dos pertama dalam tempoh 14 hari, mendapat vaksin penuh dan telah sembuh jangkitan Covid-19.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan para jemaah," lapor Saudi Press Agency (SPA) memetik kenyataan jurucakap kementerian itu.

Pada tahun lalu, Rukun Islam Kelima itu turut diadakan ketika ancaman pandemik Covid-19 masih tinggi dan hanya diberikan kepada penduduk setempat dan ekspatriat di Saudi. - Agensi

Artikel Berkaitan: