Wisma Putra sedang kesan Ebit Lew

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.
“Kami sedang periksa (perkembangan Ebit),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Pada 25 Mei, Ebit Lew dilapor berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.
Kamarudin dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.
Menurutnya, segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir.
Bagaimanapun, tindakan Ebit Lew tidak mengemas kini laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir menimbulkan kerisauan buat masyarakat negara ini khusus pengikutnya.
Pada Khamis, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahawa Ebit Lew berada dalam keadaan baik setelah berjaya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.
Perkongsiannya melalui Instagram miliknya itu cukup melegakan selepas kecoh di media sosial apabila rata-rata rakyat Malaysia mula tertanya-tanya keselamatan Ebit Lew di Palestin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri hingga Rabu
09 November 2026 03:12pmSemua platform e-hailing, gig perlu amal syor Tribunal Pekerja Gig - TPAD
09 November 2026 02:54pmKerajaan Madani wajib siasat sumber dana pembayaran denda RM50 juta Najib - Kadir Jasin
09 November 2026 01:26pmUUM tawar kepakaran tangani ancaman siber
09 November 2026 01:23pmIsa Isarb ditahan di Indonesia ketika buat dokumentari jerebu, disyaki perisik dari Malaysia
08 November 2026 08:04pmKereta peronda dinaiki dua anggota polis terbabas elak monyet
08 November 2026 08:31pmOperasi padam kebakaran hutan Indonesia bertukar tragedi, helikopter kedua terhempas
08 November 2026 05:32pmAmaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri hingga Rabu
09 November 2026 03:12pm- Iklan -- Iklan -

