Polis terima laporan kes simbah cat

Mohd Sabri mengesahkan menerima laporan kes simbah cat.
Mohd Sabri mengesahkan menerima laporan kes simbah cat.
A
A
A

KAJANG - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes kereta salah seorang pembantu calon BN, Zakaria Hanafi disimbah cat berwarna biru di Kampung Rinching Hulu, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superitenden Mohd Sabri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan pada tengah malam tadi.

"Kita menerima laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan sebuah kereta Mercedes berwarna hitam telah disimbah cat.

"Kereta tersebut di parkir di tepi jalan. Ia dipercayai digunakan untuk membawa calon Barisan Nasional ke kawasan Kampung Rinching Hulu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta pembantu calon BN disimbah cat

Terdahulu Zakaria memaklumkan tindakan sebegitu memunjukkan lawannya berasa terancam dan tercabar dengan kempen BN di PRK DUN Semenyih.

Artikel Berkaitan:

Sepanjang tempoh berkempen PRK DUN Semenyih dari 16 Februari sehingga hari ini, polis menerima 24 laporan dan enam kertas siasatan dibuka.