IT TEST Ganjaran sehingga RM400 Komputer riba dan jam tangan HONOR

A
A
A

Berita baik bagi pengguna yang mencari komputer riba berprestasi tinggi dan peranti boleh pakai premium pada harga diskaun. HONOR Malaysia akan menganjurkan Jualan Pertengahan Tahun HONOR untuk beberapa produknya bermula 6 hingga 30 Jun ini، ganjaran bernilai sehingga RM400 akan diberikan sempena jualan.

Siri HONOR MagicBook yang melindungi mata anda serta berprestasi tinggi!

No Image Caption

Nak cari komputer riba berprestasi tinggi؟ HONOR MagicBook 15 yang dilancarkan baru-baru ini pasti memenuhi keperluan anda! Apatah lagi HONOR menawarkan ganjaran bernilai RM400 yang merangkumi baucer RM100، beg galas HONOR، tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR.

HONOR MagicBook 15 dilengkapi dengan pemproses terbaharu Generasi 11 Intel Core i5 dan fungsi WIFI-6 pasti memberikan capaian kelajuan internet maksima. Skrin paparan komputer riba ini bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920 X 1080 piksel. Lebih membanggakan، skrinnya telah diperakui persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland bagi melindungi mata daripada cahaya biru.

Spesifikasinya pula، HONOR MagicBook 15 dipasangkan dengan kapasiti memori RAM 16GB berasaskan pada medium DDR4 dengan jumlah storan 512GB SSD. Jadi، anda tidak perlu bimbang tentang simpanan kerana ia sudah cukup untuk menyimpan data-data anda.

No Image Caption



Sementara itu، HONOR MagicBook Pro yang hadir dengan skrin 16.1 inci menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen 5 4600H. Komputer riba ini memiliki memori sebanyak 16GB RAM jenis DDR4 dan storan PCIe NVMe SSD sebesar 512GB.

Artikel Berkaitan:

Dengan pastinya، skrin HONOR MagicBook Pro juga diperakui persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland yang melindungi mata daripada cahaya biru. Ganjaran bernilai sehingga RM228 turut menanti pembeli HONOR MagicBook Pro، antaranya termasuklah rebat segera RM80 bersama beg galas HONOR serta tetikus Bluetooth.

HONOR MagicWatch 2: Jam tangan pintar yang menjaga kesihatan anda

No Image Caption

Selain komputer riba، HONOR turut mengeluarkan dua jam tangan pintar penuh bergaya dan eksklusif buat peminat jam tangan moden.

Apa yang menarik tentang HONOR MagicWatch 2 ialah ia dilengkapi fungsi mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2) yang sangat penteng semasa pandemic ini. Pengguna dinasihati untuk setiasa mengukur ketepuan oksigen darah setiap hari untuk memastikan kesihatan diri berada dalam keadaan baik.

HONOR MagicWatch 2 yang mempunyai ukur lilit kepala jam tangan pintar berwarna Charcoal Black dan Flax Brown masing-masing 46mm dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.39 inci. Manakala jam tangan pintar berwarna Agate Black bersaiz 42mm diberikan skrin paparan AMOLED berukuran 1.2 inci.

Menariknya، jam tangan pintar ini menyediakan lebih 100 mod senaman، aktiviti berlari، mendaki، berenang، memanjat dan juga triathlon. Peranti berkenaan juga dilengkapi fungsi mendiagnosis enam jenis masalah tidur. Ia juga menawarkan jangka hayat bateri luar biasa kerana mampu bertahan sehingga 14 hari pada penggunaan biasa.

HONOR MagicWatch 2 Charcoal Black dan HONOR MagicWatch 2 Flax Brown، jam tangan pintar ini masing-masing diberikan potongan sebanyak RM80.

Rebat RM50 turut diberikan untuk HONOR MagicWatch 2 Agate Black. Botol air percuma akan dihadiahkan kepada pembeli mana-mana jam tangan pintar ini.

HONOR Band 6: Skrin lebih besar، pengecasan pantas dan bateri tahan lama

No Image Caption

Nak yang lebih murah serta dilengkapi pengukuran ketepuan oksigen darah؟ HONOR Band 6 adalah pilihan terbaik anda! Gelang pintar ini memiliki banyak fungsi pada harga mampu milik، rebat segera sebanyak RM20 untuk pembeli HONOR Band 6، harga selepas diskaun adalah RM169 sahaja.

Berbanding generasi sebelumnya، saiz skrin HONOR Band 6 muncul 148 peratus lebih besar iaitu 1.47 inci AMOLED dengan resolusi 368X194. Oleh itu، pengguna dapat membaca maklumat dengan lebih jelas.

Gelang pintar ini turut dilengkapi 10 mod senaman، sensor 6-paksi serta ciri lain seperti mengawasi degupan jantung selama 24 jam، mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2) dan mengawasi kitaran haid.

Bateri gelang pintar HONOR Band 6 mampu bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan normal dan pengecasan selama 10 minit sudah mencukupi untuk tiga hari.

Apa yang menarik، HONOR Band 6 boleh didapati dalam warna Coral Pink، Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Tawaran menarik khas buat anda

No Image Caption

Sempena Jualan Pertengahan Tahun HONOR، ganjaran bernilai sehingga RM400 akan diberikan kepada pembelian komputer riba، jam tangan pintar dan gelang pintar.

Jadi apa tunggu lagi، rebutlah peluang ini untuk membeli peranti idaman pada harga diskaun. Untuk maklumat lokasi wakil penjual HONOR terpilih di seluruh negara boleh menyemak senarai pautan berikut:

Wilayah Utara: http://bit.ly/HONORMidYearSaleNorthernRegion

Wilayah Selatan & Pantai Timur: http://bit.ly/HONORMidYearSaleSouthernAndEastCoast

Wilayah Tengah: http://bit.ly/HONORMidYearSaleCentralRegion

Sabah & Sarawak: http://bit.ly/HONORMidYearSaleEastMalaysia