'Boleh pakai tanjak, tapi undilah calon Melayu berwibawa'

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak pengundi Melayu menolak sogokan agar calon yang dipilih dapat mendirikan kerajaan yang baik.

Beliau berkata, ramai orang Melayu sekarang memakai tanjak sebagai cara untuk menunjuk kemelayuan mereka.

“Sikap berbangga dengan bangsa memang baik.

“Alangkah baiknya jika selain tanjak, orang Melayu juga berbangga dengan mengundi dalam pilihan raya bagi calon Melayu yang terbaik supaya kerajaan yang akan didirikan oleh calon-calon yang menang dapat mendiri kerajaan yang juga baik,” katanya menerusi Facebook pada Selasa.

Tambah beliau, tidak mengundi atau mengundi kerana sogokan tidak menunjuk kemelayuan yang boleh dibanggakan, kerana hasilnya ialah pemerintahan oleh perasuah dan penjenayah.

“Pakailah tanjak tetapi undilah dan tentukan kemenangan bagi Melayu yang kuat kemelayuan mereka dan mampu mendiri kerajaan yang boleh kita bangga dengannya,” ujarnya.