Polis kesan dua lelaki bantu siasatan kes bunuh

Laporan Sinar Harian pada 27 Mei lalu.
Laporan Sinar Harian pada 27 Mei lalu.
A
A
A

IPOH - Polis giat mengesan dua lelaki yang masih bebas bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung di Sungai Kinta pada 26 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abd Aziz berkata, individu berkenaan adalah Harjit Singh atau dikenali sebagai Kishen, 25, beralamat di Menglembu di sini.

"Seorang lagi adalah M Muralitharan atau nama panggilannya Murali, 23, yang beralamat di Tanjung Rambutan di sini.

"Sesiapa yang mengenali dan mempunyai maklumat berkenaan dua suspek tersebut diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Shamrul Harun di talian 019-5000739 atau 05-2451592," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

A Asmadi berkata, lima lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat setelah kertas siasatan telah dirujuk ke peringkat pendakwaan.

Katanya, mereka yang berusia 25 hingga 48 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi tangkapan dibebaskan dengan jaminan mahkamah.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung dalam keadaan mengerikan di Sungai Kinta, di sini dipercayai mangsa bunuh.

Mayat mangsa berusia 40 tahun ditemui orang awam dengan hanya memakai seluar selain keadaan muka dan bahu hingga lengan tangan kiri hancur.

Artikel Berkaitan:

Mangsa pernah dilaporkan diculik sekumpulan lelaki pada 24 Mei lalu sebelum mayatnya ditemui dua hari kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat terapung di Sungai Kinta dipercayai dibunuh

Tiga lelaki direman bantu siasatan mayat terapung dalam sungai