Lelaki dipenjara seumur hidup susulan insiden rempuhan kereta di Melbourne

James Gargasoulas, 29, dengan sengaja merempuh kereta curi yang dipandunya ke arah pejalan kaki di Bourke St pada Januari 2017.
James Gargasoulas, 29, dengan sengaja merempuh kereta curi yang dipandunya ke arah pejalan kaki di Bourke St pada Januari 2017.
A
A
A

MELBOURNE - AUSTRALIA. Seorang lelaki Australia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh enam pejalan kaki dan mencederakan 27 yang lain dalam satu insiden rempuhan kereta di Melbourne.

James Gargasoulas, 29, dengan sengaja merempuh kereta curi yang dipandunya ke arah pejalan kaki di Bourke St pada Januari 2017.

Insiden terbabit meragut nyawa seorang bayi berusia tiga bulan, Zachary Bryant, Thalia Hakin, 10, Jess Mudie, 22, Yosuke Kanno, 25, Bhavita Patel, 33, dan Matthew Si, 33.

Ketika perbicaraannya tahun lalu, pihak juri ditunjukkan bukti Gargasoulas, yang juga dikenali sebagai Dimitrious mensasarkan pejalan kaki pada kelajuan melebihi 60 kilometer sejam.

Gargasoulas kemudian mengakui melakukan perbuatan tersebut setelah menerima 'perutusan dari Tuhan'.

Hakim Mark Weinberg ketika membacakan keputusannya berkata, tindakan Gargasoulas ketika kejadian bukan disebabkan penyakit mental, sebaliknya dia mengalami psikosis berpunca daripada dadah.

"Anda tidak berusaha untuk memperlahankan kenderaannya mahupun mengelak daripada melanggar pejalan kaki terbabit, malah dengan sengaja merempuh kesemua mangsa," kata Weinberg sambil menambah Gargasoulas layak mendapat parol selepas 46 tahun. - BBC

Artikel Berkaitan: