Muhyiddin tiba di Istana Negara

Pintu 1 Istana Negara
Pintu 1 Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau memasuki pintu 1 Istana Negara diiringi polis pengiring sekitar jam 7.45 pagi.

Tumpuan hari ini terarah di Istana Negara berikutan bakal berlangsungnya beberapa siri pertemuan dijangka melibatkan wakil pemimpin setiap parti politik bersama Al Sultan Abdullah.

Pada Isnin media melaporkan Ahli Jawatankuasa Tamat Darurat, Khairuddin Abu Hassan berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk menerima majlis menghadap semua ketua daripada parti-parti politik termasuk pembangkang.

Kenderaaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pintu Istana Negara
Kenderaaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pintu Istana Negara

Beberapa wakil parti politik juga turut mengesahkan menerima surat jemputan bagi pertemuan berkenaan.

Jawatankuasa Tamat Darurat yang diwujudkan pembangkang sebelum ini berusaha untuk menghadap Al Sultan Abdullah bagi memohon campur tangan Seri Paduka agar darurat ditamatkan.

Januari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos atau lebih awal jika jumlah kes Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Artikel Berkaitan: