LZS sokong program vaksinasi melalui tiga MPV

Majlis pelancaran dan pelepasan tiga buah kenderaan pelbagai guna (MPV) Skuad VOTG itu disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, pada Selasa.
Majlis pelancaran dan pelepasan tiga buah kenderaan pelbagai guna (MPV) Skuad VOTG itu disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melancarkan Skuad Vaccine On The Go (VOTG) untuk memberi vaksin kepada penghuni di 265 buah pusat jagaan warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata dalam satu kenyataan, majlis pelancaran dan pelepasan tiga buah kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk kegunaan Skuad VOTG itu disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, di sini pada Selasa.

Menurutnya, penggunaan kenderaan milik LZS tersebut merupakan inisiatif khidmat masyarakat mereka dalam usaha menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Tiga buah kenderaan MPV LZS diaktifkan sebagai kenderaan Skuad VOTG bagi membawa

petugas kesihatan (untuk) menyampaikan perkhidmatan pemberian vaksin kepada 265 buah pusat jagaan warga emas dan OKU di seluruh Selangor bermula hari ini.

“Ia merupakan sumbangan LZS untuk membantu menangani keperluan kritikal dalam usaha memberi vaksin kepada masyarakat,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, untuk mencapai imunisasi kelompok pemberian vaksin terutamanya di Selangor harus disegerakan agar matlamat imunisasi kelompok dapat dicapai dan kehidupan boleh kembali kepada normal.

Artikel Berkaitan: