Sah kapal CCG ceroboh perairan Malaysia

Maritim Miri mengesahkan sebuah kapal Pengawal Pantai China (CCG) dikesan menceroboh perairan Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali yang terletak hanya 84 batu nautika di Pantai Miri. -Gambar hiasan
Maritim Miri mengesahkan sebuah kapal Pengawal Pantai China (CCG) dikesan menceroboh perairan Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali yang terletak hanya 84 batu nautika di Pantai Miri. -Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Miri mengesahkan sebuah kapal Pengawal Pantai China (CCG) dikesan menceroboh perairan Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali yang terletak hanya 84 batu nautika di Pantai Miri.

Memetik laporan Borneo Post, Pengarah Maritim Miri, Kapten Md Fauzi Othman berkata, laporan pencerobohan tersebut telah diterimanya pada Jumaat lalu.

“Ya, saya boleh mengesahkan bahawa kami telah menerima laporan mengenai CCG menceroboh perairan kami pada 4 Jun (Jumaat).

“Aset kami termasuk dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengawasi keadaan dengan teliti,” katanya.

Md Fauzi berkata, aset-aset diletakkan berhampiran kawasan Beting Patinggi Ali sepanjang tahun untuk memantau kawasan tersebut bagi memastikan kedaulatan negara.

Pihak berkuasa sebelum ini mengesahkan bahawa CCG pernah mempunyai kapal yang berlabuh di kawasan itu sejak tahun 2013.

Pada 31 Mei lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional.

ARTIKEL BERKAITAN:16 pesawat tentera udara China masuk Zon Maritim Malaysia

Artikel Berkaitan:

China nafi ceroboh ruang udara Malaysia