PKPD Labuan

No Image Caption
A
A
A

Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan kelihatan bertugas membuat sekatan pergerakan keluar masuk bot penambang di jeti Hujung Pasir, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh penguatkuasaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Labuan, hari ini.

Hanya dua orang penumpang tidak termasuk pengendali bot penambang dibenarkan di dalam sebuah bot pada satu-satu masa.

Sekatan pergerakan dan kawalan SOP PKPD di jeti ini adalah untuk mengawal pergerakan penduduk yang menggunakan perkhidmatan bot penambang untuk mendapatkan keperluan asas di pusat bandar Labuan, seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 di wilayah itu.

Masyarakat diingatkan agar terus mematuhi SOP dengan kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan: