Sidang media khas Menteri Kanan
Muhammad Hariz Safwan, 15, merakam sidang media khas Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin mengenai Takwim Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021 yang disiarkan secara langsung hari ini.
Melalui sidang media tersebut, para pelajar akan meneruskan sesi pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas tamat cuti pertengahan tahun yang akan berakhir pada 13 Jun 2021 bagi negeri-negeri Kumpulan A dan 14 Jun 2021 bagi negeri-negeri Kumpulan B ekoran situasi penularan COVID-19 yang masih membimbangkan.
Sesi persekolahan dijangka akan dibuka pada 25 Julai 2021 (bagi negeri Kumpulan A) atau 26 Julai 2021 (bagi negeri Kumpulan B) selepas tamat cuti pertengahan penggal. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!