SPM 2021 dilaksanakan tahun depan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Md Jidin, berkata, ujian lisan dan amali sains akan dilaksanakan pada Februari 2022 manakala ujian bertulis pada Mac 2022.

Radzi pada Sidang Media Khas pada Ahad.
Radzi pada Sidang Media Khas pada Ahad.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan ini setelah mengambil kira keadaan semasa dan cabaran yang perlu dilalui oleh calon SPM 2021.

“Pengalaman kita menguruskan SPM 2020 membolehkan kita menganjakkan tarikh perlaksanaan SPM 2021 ke tarikh 2022, kita yakin segala proses berkaitan SPM 2021 akan dapat berjalan lancar seperti kejayaan SPM 2020,” katanya dalam Sidang Media Khas secara maya pada Ahad.

Sementara itu, menjawab dakwaan pembangkang yang menyatakan KPM gagal menguruskan SPM 2020, Radzi berkata perlaksanaan pada 2021 telah melalui penelitian yang sangat mendalam.

Jelas beliau, prosedur operasi standard (SOP) lengkap juga turut disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia meliputi aspek penjarakan dan jumlah petugas yang ditingkatkan.

“Daripada segi pemarkahan, pertama kali dalam sejarah negara, pemeriksaan kertas SPM 2020 dibuat secara atas talian dan ia bukan satu perkara yang mudah.

Artikel Berkaitan:

“Lebih lima juta kertas peperiksaan perlu diimbas satu persatu sebelum dimasukkan dalam sistem dan diperiksa secara dalam talian,” katanya.