Anak sulung Liza Hanim juara pertandingan nyanyian

Liza Hanim
Liza Hanim
A
A
A
PENYANYI Liza Hanim berkongsi kegembiraannya apabila anak sulungnya, Marsya Qistina, 16, mewarisi bakatnya dan suami dalam bidang nyanyian.

Liza yang kini sedang dalam proses berpantang anak kelimanya, telah memuat naik sebuah video yang menyaksikan Marsya membuat persembahan dengan menyampaikan lagu bernada tinggi Tiada Lagi Tangisan, nyanyian Misha Omar.

Menurut Liza, anak perempuannya itu telah bergelar juara dalam pertandingan tersebut dan ia cukup menggembirakan diri sebagai ibu.

No Image Caption

“Perasaan seorang mama bila kuah tumpah ke nasi. I just have to post this video. Anak sulung ku bertanding menyanyikan #tiadalagitangisan.

“I am so proud of you my girl. Congrats @marsya.qstna Juara hari ni. Alhamdulillah,” tulis Liza.

No Image Caption

Liza dan suami, Mohamed Shahrin (kumpulan Indigo) mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan lima cahaya mata.

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on