Dera anak: JKM belum terima rujukan rasmi

gari
gari
A
A
A

JOHOR BAHRU - Setakat ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru masih belum menerima rujukan rasmi daripada hospital atau pihak polis berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dipercayai didera oleh bapa tiri dan ibu kandungnya.

Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Normawarni Mahat, bagaimanapun memaklumkan pihaknya sedia maklum tentang kes tersebut.

"Masih belum ada rujukan rasmi dari pihak hospital atau polis tetapi kami maklum kes itu," katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, kanak-kanak tersebut diselamatkan selepas ibunya yang merupakan warga Indonesia berumur 38 tahun dan bapa tirinya berusia 29 tahun ditahan polis.

Difahamkan kanak-kanak malang itu masih menerima rawatan di Hospital Sultananah Aminah (HSA), di sini.

Kisah penderitaan kanak-kanak itu yang tiada dokumen diri sejak lahir kerana tidak didaftarkan kelahirannya serta tidak bersekolah turut tular di laman sosial.

Mangsa dipercayai didera menggunakan seutas wayar mikrofon, satu batang rotan serta satu penyangkut baju.

Ibunya yang merupakan peniaga online dan bapa tirinya yang bekerja sebagai pemandu bas dan merupakan bekas anggota Sukarelawan Polis tetapi telah ditamatkan perkhidmatan pada 2013 kini masih ditahan reman sehingga 26 Februari depan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN; Dera anak-Suami isteri ditahan