Kesihatan Perak siasat dakwaan doktor selit nama penerima vaksin

Tular di Twitter dakwaan tindakan tidak telus seorang doktor di salah sebuah PPV di Perak.
Tular di Twitter dakwaan tindakan tidak telus seorang doktor di salah sebuah PPV di Perak.
A
A
A

IPOH - Jabatan Kesihatan Perak menyiasat dakwaan wujudnya tindakan tidak telus melibatkan seorang doktor di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata, siasatan dilakukan sebaik pihaknya menerima makluman tersebut.

"Siasatan sedang dilakukan dan kami akan keluarkan kenyataan media berkaitan kejadian tersebut.

"Kami dah ambil maklum ia (berlaku) di PPV Teluk Intan dan kelihatan seperti orang fasa tiga yang masuk," katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita pada lawatan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali di PPV Stadium Indera Mulia di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, tular di Twitter mendakwa seorang doktor bertindak menyelit nama penerima vaksin yang tiada di dalam senarai.

Perbuatan itu didakwa bukan kali pertama berlaku dan turut dipersoalkan sampai bila ia akan berlarutan.

Sehingga kini ciapan itu telah diciap semula lebih 2,400 pengguna Twitter selain menerima pelbagai reaksi.

Artikel Berkaitan: