Kehadiran Ancelotti berita baik buat Hazard

Ancelotti (kiri), kini sah mengemudi Real Madrid.
Ancelotti (kiri), kini sah mengemudi Real Madrid.
A
A
A

BERITA kedatangan Carlo Ancelotti selaku pengendali baharu Real Madrid disifatkan sebagai berita baik buat Eden Hazard.

Menurutnya, kedatangan Ancelotti tepat pada masanya bagi membantu gergasi La Liga itu untuk kembali meraih kejayaan setelah melalui musim yang mengecewakan baru-baru ini.

Malah katanya, kehadiran kali kedua Ancelotti di Santiago Bernabeu dilihat bakal membantu menghasilkan lebih banyak kejayaan buat skuad Los Blancos situ.

“Ia (kedatangan Ancelotti), berita baik buat saya. Dia pernah membantu Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara.

“Selain itu, dia juga mengenali ramai pemain termasuk penyokong di sini selain mengetahui selok belok banda r di sini.

“Kesemua faktor ini membuatkan saya yakin, kehadirannya mampu menghadirkan kejayaan buat kami,” katanya.

Untuk rekod, Ancelotti yang pernah mengemudi Everton dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini, pernah mengemudi Real Madrid pada musim 2013 hingga 2015 lalu.

Pada Selasa lalu, Ancelotti dikatakan sah menjadi pengendali baharu Real Madrid bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Zinedine Zidane yang meletak jawatan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Hazard mengakui sudah tidak sabar untuk menjalani latihan di bawah kendalian Ancelotti.

Katanya, biarpun kurang mengenali Ancelotti, namun daripada berita yang didengarinya, dia yakin dengan kemampuan pengendali kelahiran Itali itu.

“Saya memang tidak mengenalinya, tetapi berdasarkan apa yang saya dengar, dia adalah seorang yang baik selain sering bersikap ingat menang. Itu yang paling penting,” katanya.