1,000 penduduk Palestin alami jangkitan

Kebanyakan mereka alami kecederaan pada kaki akibat tembakan rejim Zionis yang menggunakan peluru hidup.
Kebanyakan mereka alami kecederaan pada kaki akibat tembakan rejim Zionis yang menggunakan peluru hidup.
A
A
A
RAMALLAH - TEBING BARAT. Kira-kira 1,000 penduduk Palestin yang cedera ditembak tentera Israel ketika protes di sempadan sejak Mac lalu mengalami jangkitan yang boleh menyebabkan mereka lumpuh secara kekal.

Badan amal, Medecins Sans Frontieres (MSF), hari ini memaklumkan kebanyakan daripada mereka mengalami kecederaan pada kaki yang menyebabkan fraktur terbuka dan terdedah kepada jangkitan.

"Jangkitan itu boleh membawa maut atau amputasi. Kami menggesa Israel membenarkan mereka mendapatkan rawatan sepatutnya," menurut MSF dalam satu kenyataan.

Kira-kira 6,000 penduduk Palestin telah ditembak dalam kejadian keganasan di sempadan itu. - Press TV
Artikel Berkaitan: