Wajah Mona Lisa diperbuat daripada roti

Kreatif, wajah Mona Lisa Leonardo Da Vinci dibuat daripada roti.
Kreatif, wajah Mona Lisa Leonardo Da Vinci dibuat daripada roti.
A
A
A

HANYA menggunakan roti, sebuah lukisan yang tersohor di dunia, Mona Lisa Leonardo Da Vinci terhasil.

Memetik portal The Indian Express, pelajar sekolah masakan Kulinari Nakamura, mencipta kreativiti mereka tersendiri dengan menyiapkan wajah Mona Lisa menggunakan 2,000 keping roti pada ketinggian 2.4 meter.

Seramai 30 pelajar mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menyiapkan 'lukisan' setinggi 2.4 meter dengan lebar 1.5 meter.

Untuk mencipta karya seni, pelajar kulinari membakar roti untuk kelihatan berwarna hitam dan kadang kala keperangan serta dicampur serbuk koko.

"Roti-roti itu dihiris, keraknya dipotong sebelum roti itu dibakar. Kemudian mereka menyusun roti berkenaan di atas papan lapis hingga terhasilnya wajah Mona Lisa.

"Sebagai contoh, kami menggunakan pelbagai warna coklat untuk menghasilkan bentuk wajah berbeza," kata ketua kumpulan pelajar, Akari Nagata, 19.

Difahamkan, lukisan Mona Lisa akan dipamerkan pada festival Nakamura iaitu acara terbesar yang dianjurkan oleh Kolej Antarabangsa Hotel Nakamura.

Festival itu bakal dikunjungi seramai 8,000 pada setiap tahun. -TheIndianExpress

Artikel Berkaitan: