Polis buka kertas siasatan dakwaan buli pelajar sekolah

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

ALOR GAJAH - Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dibuli pelajar senior di sebuah sekolah, di sini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kedua-dua pelajar lelaki berusia 16 tahun dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

"Polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN),” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dipercayai mencekik adik lelakinya berusia sembilan tahun sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bukit Piatu kira-kira 12.30 tengah hari.

Remaja berkenaan dikatakan telah berubah sikap selepas menjadi mangsa buli di sekolahnya sejak tahun lepas.

Remaja itu telah ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis sehingga 12 Julai. - Bernama