Varian ‘bahaya’ ancam Malaysia

Terdapat 199 kes positif Covid-19 membabitkan VOC dan VOI.
Terdapat 199 kes positif Covid-19 membabitkan VOC dan VOI.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Dua jenis varian iaitu varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan dikesan sedang menular di negara kita.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku penularan secara meluas dalam komuniti di semua negeri di Malaysia.

Justeru, KKM mengingatkan orang ramai supaya mengambil serius situasi berkenaan kerana varian berkenaan mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi.

Jika rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ia akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes Covid-19, tambahnya.

VOC merangkumi Varian Afrika Selatan, UK dan India manakala VOI pula merangkumi Varian Nigeria dan Filipina.

Secara keseluruhannya, terdapat 199 kes positif Covid-19 membabitkan 104 kes VOC dan 95 kes melibatkan VOI.

Artikel Berkaitan:

Sehingga 31 Mei lepas, VOC dikesan telah menular ke 12 buah negeri manakala VOI dikesan di Kuala Lumpur dan Sarawak.

Selain menular dengan pantas, kedua-dua jenis varian ini menjangkiti dengan gejala dan komplikasi yang teruk.

Di samping itu, jangkitan varian-varian itu juga sukar dikesan dan kurang berkesan terhadap vaksin.

Justeru, penting bagi kita semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk memutuskan rantaian jangkitan, sekali gus memulihkan kembali sistem kesihatan negara yang berada pada tahap genting.