Kritik Sultan Johor: Polis panggil semula ibu selebriti jika perlu

Nik Ezanee - Foto FB Polis Selangor
Nik Ezanee - Foto FB Polis Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu kepada seorang selebriti popular akan dipanggil semula jika perlu berhubung siasatan terhadap dakwaan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kes tersebut masih dalam siasatan.

"Kalau ada keperluan kita panggil dia (ibu selebriti) untuk sambung rekod keterangan. Masih ada beberapa tindakan yang perlu diambil.

"Saya akan maklum perkembangan sekiranya kertas siasatan telah lengkap untuk dirujuk ke Bukit Aman," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, Nik Ezanee mengesahkan pihaknya memanggil ibu selebriti tersebut dan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Katanya, polis juga akan memanggil beberapa lagi saksi lain bagi melengkapkan siasatan.

Baru-baru ini media melaporkan kes itu disiasat polis Kuala Lumpur namun kemudian diserahkan kepada polis Selangor.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kritik Sultan Johor: Ibu Neelofa selesai beri keterangan

Polis Selangor akan rakam keterangan ibu Neelofa

Pekerja ibu Neelofa mohon maaf