Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga mendiang Lim Kok Wing

Foto Facebook Muhyiddin Yassin
Foto Facebook Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing yang meninggal dunia hari ini.

Perdana Menteri menerusi akaun Facebooknya memaklumkan pemergian Kok Wing memberi kesan yang besar kepada dunia pendidikan kreatif dan inovatif di negara ini.

"Mendiang ialah seorang individu berwawasan dan mentor yang hebat dalam bidang pendidikan inovatif, bukan sahaja dalam negara bahkan di peringkat global.

"Semoga seluruh ahli keluarga mendiang tabah menghadapi detik yang menyedihkan ini," kata perdana menteri menerusi kenyataan itu.

Berita mengenai kematian Kok Wing yang berusia 75 tahun dimaklumkan Limkokwing University melalui satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tokoh perniagaan itu dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas terjatuh di kediamannya.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Lim Kok Wing meninggal dunia

Artikel Berkaitan: