[DIKEMAS KINI] Empat mangsa hilang di Pantai Gorongon ditemui

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

PUTATAN - [DIKEMAS KINI] Empat mangsa yang hilang ketika mandi di Pantai Gorongon, berhampiran Kampung Contoh, di sini, ditemui meninggal dunia akibat lemas.

Mangsa pertama Norain Amit, 13, ditemui pada jam 8.20 malam sebelum kakaknya Rafidah, 14, ditemui kira-kira 40 minit kemudian.

Dua lagi mangsa, Galang Nain, 17, dan Korais Amit, 8, ditemui antara jam 9 hingga 9.35 malam di lokasi tidak jauh dari tempat mereka dihanyutkan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi kejadian.

"Semua mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjutnya.

“Berikutan penemuan semua mangsa kejadian ini, operasi mencari dan menyelamat dihentikan serta-merta," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada malam Selasa.

 Mohd Haris
Mohd Haris

Mohd Haris berkata, bagaimanapun, siasatan akan dijalankan bagi mencari punca sebenar kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah (Operasi), Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.01 petang.

"Selepas terima panggilan, kita mengerahkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Penampang dan Pasukan Penyelamatan Dalam Air (PPDA) untuk melakukan pencarian di permukaan atas air.

"Akhirnya, semua mangsa berjaya ditemui antara jam 8.20 malam hingga 9.35 malam dan operasi ditamatkan pada 9. 45 malam," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, semua mangsa bersama empat lagi rakan dihanyutkan arus laut yang dikatakan tiba-tiba menjadi deras.

Bagaimanapun, empat daripadanya sempat menyelamatkan diri manakala mangsa, Korais Amit berusia 8 tahun bersama dua kakaknya Norain dan Rafidah masing-masing berusia 13 dan 14 tahun serta seorang lagi rakan mereka dikenali sebagai Dalang berusia 17 tahun hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik antara empat dikhuatiri lemas