X

Kindly register in order to view this article
!

Aguero tekad cetus impak bersama Messi

AGUERO
A
A

IMPIAN Sergio Aguero untuk menyertai Barcelona akhirnya menjadi kenyataan apabila memeterai kontrak dua tahun bersama pasukan gergasi La Liga itu.

Menurut Aguero, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menyertai Barcelona dan tidak teragak-agak untuk menerima tawaran daripada kelab itu selepas kontraknya bersama Manchester City berakhir.

"Saya sangat gembira dan saya akan melakukan yang terbaik dan menolong kelab selain elemen paling penting adalah untuk mencipta kemenangan demi kemenangan.

"Bagi saya, Barcelona sentiasa menjadi pasukan yang terbaik di dunia kerana ada pemain bintang seperti Lionel Messi.

"Apabila Barcelona bertanyakan mengenai saya, saya tidak teragak-agak dan memberitahu ejen supaya hanya berunding dengan Barcelona dan bukan kelab lain. Jujur saya katakan bahawa saya mahu menyertai Barcelona sejak umur saya 14 tahun," katanya.

Dalam masa sama, pemain berusia 32 tahun itu mengharapkan dapat mencetuskan impak bersama bintang sensasi kelab itu, Lionel Messi dan meraih banyak kejuaraan bersama di kelab tersebut.

Namun, Messi dilaporkan masih belum membuat keputusan sama ada mahu kekal di kelab tersebut dengan banyak spekulasi mengaitkan perpindahannya ke kelab lain musim depan.

"Saya berharap dapat bermain bersamanya. Tetapi, sudah tentu Messi ada keputusan yang mahu dibuat kepada kelab ini. Menjadi satu kebangaan untuk bermain bersamanya di kelab besar ini.

"Saya telah lama mengenali Messi dan saya rasa dia akan kekal di Barcelona. Saya bercakap dengan Messi setiap hari dan dalam mesej terakhir dia mengucapkan tahniah kepada saya kerana menyertai Barcelona.

"Bagi saya untuk berlatih dan bermain dengannya adalah perkara mudah kerana saya sudah terbiasa dengan corak permainannya," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!