X

Kindly register in order to view this article
!

Wujudkan peraturan bendung penyalahgunaan vape

Larangan penggunaan dan penjualan produk vape bukanlah satu penyelesaian yang effektif bagi membendung penyalahgunaan vape di kalanganremaja bawah umur. - Gambar hiasan, gambar kiri: Rizani Zakaria
A
A

KUALA LUMPUR – Larangan penggunaan dan penjualan produk vape bukanlah satu penyelesaian yang effektif bagi membendung penyalahgunaan vape di kalanganremaja bawah umur.

Pertubuhan bukan kerajaan, Malaysian Vape Industri Advocacy (MVIA) berkata demikian bagi membidas sesetengah pihak yang menggesa kerajaan melarang penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape sepenuhnya di negara ini.

Presiden MVIA, Rizani Zakaria berkata, isu ini akan dapat dibendung sekiranya peraturan penggunaan vape dapat diperkenalkan di negara ini.

Katanya, isu utama pada masa ini adalah ketiadaan peraturan atau undang-undang khusus untuk mengawal industri vape supaya produk ini tidak jatuh ke dalam tangan mereka yang di bawah umur.

"Kalau kita lihat industri tembakau atau industri alkohol, terdapat peraturan yang dikeluarkan untuk melarang penggunaan dan penjualan kepada mereka yang di bawah umur. Dengan adanya peraturan, isu ini akan dapat dibendung,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, sebarang cadangan larangan penggunaan atau penjualan produk vape juga tidak mengambil kira kepentingan industri yang bernilai RM2.27 bilion yang telah memberikan peluang pekerjaan kepada 15,000 pekerja di Malaysia dengan lebih daripada 3,000 perniagaan vape di negara ini.

“Cadangan larangan ini akan membantutkan perkembangan industri vape yang dijangka akan meningkat kepda RM10 bilion dalam masa beberapa tahun lagi," kata Rizani.

Secara tidak langsung, katanya, ia akan menyebabkan menjejaskan industri yang berpotensi menjana lebih banyak aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan serta meningkatkan hasil kepada pendapatan negara.

“Kita perlu mencontohi negara seperti UK dan juga New Zealand. Kedua negara ini telah terbukti berjaya dalam mengatasi pelbagai isu yang berkaitan vape termasuk membendung penyalahgunaan di kalangan mereka yang di bawah umur dengan mewujudkan peraturan yang komprehensif untuk industri vape.

"Malah ia turut membantu menurunkan kadar perokok konvensional (rokok tembakau) di negara mereka melalui kawal selia industri vape,” katanya.

Beliau berkata, Public Health England (PHE) iaitu sebuah agensi kesihatan awam kerajaan yang utama di United Kingdom juga telah mengesahkan bahawa risiko kesihatan daripada penggunaan vape adalah 95 peratus kurang mudarat berbanding rokok tradisional tembakau.

Dalam pada itu, hasil dari tinjau selidik “Pandangan & Perspektif Rakyat Malaysia tentang Vape” yang dijalankan MVIA juga mendapati bahawa 88 peratus daripada pengguna vape Malaysia yang dahulunya menghisap rokok kini telah berjaya berhenti merokok dengan bantuan vape.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!