Dua maut, 20 cedera kes tembakan rambang di AS

Beberapa anggota polis memeriksa lokasi kejadian tembakan di Hialeah, Florida pada Ahad. - Foto AFP
Beberapa anggota polis memeriksa lokasi kejadian tembakan di Hialeah, Florida pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

HIALEAH - Dua orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 20 lagi cedera pada awal pagi Ahad apabila tiga penembak melepaskan tembakan rambang ke arah sekumpulan orang di luar sebuah konsert di Hialeah, kata polis.

Kejadian tembakan itu berlaku dekat sebuah dewan di sebuah gedung beli-belah di Miami Gardens, Hialeah iaitu sebuah kawasan kelas pekerja keluarga komuniti Cuba di Florida.

Menurut AFP, seorang mangsa yang cedera, Angelica Green memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa seorang anak lelakinya dan seorang anak saudara yang kedua-duanya berusia 24 tahun merupakan antara yang cedera dalam kejadian tersebut.

Kedua-dua mereka dirawat di sebuah hospital tetapi anak saudaranya itu ditembak empat kali dan berada dalam keadaan kritikal.

Green berkata, mereka melihat beberapa lelaki keluar dari sebuah kenderaan dan memakai topeng sebelum melepaskan tembakan ke arah orang ramai dan menambah ia merupakan satu situasi yang menakutkan.

Jabatan Polis Miami-Dade dalam satu kenyataan berkata, tiga orang keluar dari sebuah kenderaan utiliti lasak dan melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang ramai.

Ketika-tiga orang lelaki itu kemudian melarikan diri dan motif mereka masih tidak diketahui.

Pada tahun 2016, seramai 49 orang terbunuh selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah kelab malam di Orlando yang kebanyakan mangsa ialah penduduk Amerika berketurunan Cuba.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan portal berita 6 South Florida, seorang ahli perniagaan, Marcus Lemonis menawarkan ganjaran sebanyak AS$100,000 (RM414,450) kepada sesiapa sahaja yang membantu polis menangkap ketiga-tiga penembak tersebut.

Daerah Miami-Dade merupakan tempat kelahiran Lemonis. - Agensi