Quartararo gegar GP Itali

Dari kiri, pelumba KTM, Miguel Oliveira, Yamaha, Quartararo dan pelumba Suzuki, Joan Mir bergambar dengan bendera Switzerland sebagai tanda memperingati Dupasquier. FOTO: AFP
Dari kiri, pelumba KTM, Miguel Oliveira, Yamaha, Quartararo dan pelumba Suzuki, Joan Mir bergambar dengan bendera Switzerland sebagai tanda memperingati Dupasquier. FOTO: AFP
A
A
A

PENDAHULU kejuaraan dunia Fabio Quartararo meneruskan kecemerlangan dalam saingan MotoGP musim ini apabila menyambar podium keempat apabila muncul juara Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello, pada Ahad.

Bermula di petak pertama, pelumba kelahiran Perancis berusia 22 tahun itu dilihat tidak berdepan masalah untuk menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 41 minit 16.344 (s) mengatasi pelumba Portugal, Miguel Oliveira di tempat kedua manakala Joan Mir (Sepanyol) pada kedudukan ketiga kali ini.

Kejayaan berkenaan sekali gus menyaksikan Quartararo menyambar kedudukan podium keempatnya musim ini setelah muncul juara GP Doha pada 5 April, GP Portugal (18 April) dan tempat ketiga bagi GP Perancis 16 Mei, lalu.

Bagaimanapun Quartararo berkata, dia mendedikasikan kemenangannya kali ini kepada pelumba Moto3, Jason Dupasquier, dari Switzerland yang maut setelah terlibat dalam kemalangan pada Sabtu.

Dupasquier yang baru berusia 19 tahun, meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah yang dialaminya pada kemalangan berkenaan.

Difahamkan, pelumba muda berkenaan yang beraksi pada musim keduanya dalam saingan Moto3 cedera parah akibat dirempuh pelumba lain pada sesi kelayakan semalam.

Artikel Berkaitan: