Lelaki lebih ramai daripada perempuan di Malaysia

Seramai 11.79 juta lelaki dan 11.03 juta perempuan berada dalam kategori umur 15-64 tahun.
Seramai 11.79 juta lelaki dan 11.03 juta perempuan berada dalam kategori umur 15-64 tahun.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Jumlah kaum lelaki di Malaysia direkodkan lebih ramai berbanding perempuan, menurut Laporan Perangkaan Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2021.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia itu mendedahkan, jumlah kaum lelaki direkodkan seramai 16.83 juta manakala perempuan pula sekitar 15.92 juta.

Perbezaan yang direkodkan adalah lebih kurang 910,000 orang manakala nisbahnya pula adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Pada Suku Tahun Pertama (ST1) 2020, Malaysia mencatatkan seramai 16.80 juta lelaki dan 15.83 juta perempuan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 3.90 juta lelaki berada dalam kumpulan umur 0-14 tahun manakala perempuan seramai 3.66 juta orang.

Bagi kumpulan umur 15-64 tahun, lelaki seramai 11.79 juta dan perempuan seramai 11.03 juta orang.

Sementara kumpulan umur 65 tahun dan ke atas pula, lelaki seramai 1.14 juta orang manakala perempuan pula seramai 1.22 juta orang.

Dalam pada itu, Malaysia mencatatkan seramai 102,969 kelahiran hidup pada ST1 2021 yang mana 53,292 daripadanya adalah bayi lelaki manakala 49,677 adalah bayi perempuan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, jumlah kelahiran hidup berkenaan merosot sebanyak 10.8 peratus berbanding ST1 2020 yang mencatatkan jumlah kelahiran seramai 115,439 bayi.

Kelmarin, Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan, jumlah penduduk Malaysia meningkat sebanyak 0.4 peratus pada ST1 2021 iaitu sebanyak 32.5 juta orang berbanding 32.62 juta orang pada ST1 2020.