X

Kindly register in order to view this article
!

Lima termasuk penjaga pusat snuker dikompaun

Empat lelaki dan seorang penjaga premis dikompaun kerana melanggar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 dalam satu pemeriksaan di sebuah premis di Telok Mas, di sini petang Khamis.
A
A

MELAKA - Lima lelaki termasuk seorang penjaga premis dikenakan kompaun kerana melanggar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 dalam Op Pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah premis di Telok Mas, di sini petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pemeriksaan pada jam 5.50 petang itu mendapati kesemua mereka yang berusia 22 hingga 27 tahun berkumpul dalam premis yang tidak memiliki lesen perniagaan sah itu untuk bermain snuker.

Beliau memberitahu, penjaga premis dari Jasin dikenakan kompaun RM10,000 mengikut Peraturan 16, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021

Mohd Sukri Kaman
Mohd Sukri Kaman

"Polis turut mengeluarkan kompaun RM1,500 dikeluarkan kepada pemain dan kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 2001," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, semakan mendapati dua daripada pemain yang ditahan mempunyai rekod lampau membabitkan dadah dan jenayah.

Menurutnya, premis yang terletak di bangunan rumah kedai satu tingkat itu dipercayai baru dua hari beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Sepanjang pemeriksaan semalam, kita juga mengeluarkan lapan lagi kompaun atas pelbagai kesalahan membabitkan pelbagai pelanggaran SOP PKP 3.0.

"Orang ramai dinasihatkan mematuhi SOP dan tindakan tegas akan diambil dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!