Tajuddin digesa umum tarik sokongan terhadap PM

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digesa untuk segera mengumumkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri selepas perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan serta-merta pada Rabu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tidak ada apa-apa yang perlu dinantikan oleh Tajuddin sekarang.

“Tunggu apa lagi Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Kamu sudah dipecat sebagai Pengerusi Prasarana.

“Umum segera tarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya menerusi Facebook beliau pada Khamis.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebarang jawatan dalam politik hanya bersifat sementara dan tidak kekal.

Tajuddin
Tajuddin

“Apa juga jawatan, paling lama mungkin 22 tahun. Boleh jadi 22 bulan.

“Jawatan di Prasarana itu lantikan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan beliau berhak menamatkannya.

Artikel Berkaitan:

“Manusia mana ada yang sempurna. Saya doakan yang terbaik untuk Tajuddin dan menteri juga,” katanya menerusi ciapan Twitter pada Rabu.

Pada Rabu, kerajaan menamatkan khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta.

Ia berikutan tindak-tanduk Tajuddin dianggap memalukan sewaktu mengadakan sidang media berhubung kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya, berdekatan Stesen LRT Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan

Tajuddin ucap 'terima kasih'