Tajuddin ucap 'terima kasih'

Kerajaan pada Rabu menamatkan khidmat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana serta-merta.
Kerajaan pada Rabu menamatkan khidmat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana serta-merta.
A
A
A

SHAH ALAM – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengucapkan 'terima kasih' kepada Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) serta merta.

Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.

“Saya sudah dapat surat. Baru terima petang tadi. Dia hantar surat, saya terima.

"Saya ucap Alhamdulillah dan terima kasih kepada menteri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, beliau akan membuat satu kenyataan berkenaan penamatan khidmatnya itu.

“Saya akan buat kenyataan kemudian. (Penamatan ini) bagi saya tidak mendesak sangat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan

Artikel Berkaitan: