LRT: Apa sudah jadi?

Pengguna tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) menunggu giliran untuk menaiki tren untuk ke destinasi masing-masing ketika tinjauan di Stesen LRT Pasar Seni pada Selasa. Foto Bernama
Pengguna tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) menunggu giliran untuk menaiki tren untuk ke destinasi masing-masing ketika tinjauan di Stesen LRT Pasar Seni pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

AWANG cukup terkejut dengan berita kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) dekat stesen KLCC pada malam Isnin lepas.

Awang harap pihak Kementerian Pengangkutan ada saluran maklumat yang betul untuk disampaikan dari masa ke masa kepada pemberita.

Pada masa ini, saluran komunikasi penting bagi elakkan kekeliruan dan berita palsu. Apa yang kita tahu setakat ini, kemalangan itu melibatkan lebih 200 orang cedera dan 47 lagi parah.

Rakyat nak tahu apa sebenarnya punca kejadian itu? Tentulah kementerian akan buat siasat lengkap mengenai hal itu. Tapi siasatan akan ambil masa.

Rakyat nak tahu bagaimanakah dua buah tren dari dua arah berbeza boleh melalui terowong yang sama pada waktu yang sama?

Sistem LRT beroperasi sejak tahun 1998 lagi. Maknanya dah 23 tahun.

Kita tidak pernah dengar sebarang masalah besar berlaku selama ini.

Lebih sedih lagi kejadian itu berlaku pada masa kita sedang hadapi masalah pandemik Covid-19 yang kritikal.

Artikel Berkaitan:

Sudahlah hospital kita penuh kapasiti oleh pesakit, kini dibebankan pula oleh kemalangan tren.

Awang harap siasatan jelaskan apakah ia masalah teknikal atau kecuaian manusia.

LRT ialah salah satu daripada rancangan prasarana rakyat yang membanggakan kita.

Selepas itu, kita teruskan dengan pembinaan MRT. Mungkin juga kita ambil mudah aspek keselamatannya setelah sekian lama beroperasi.