Carilah sumber bukan balak!

No Image Caption
A
A
A

AWANG rasa sedih tengok gambar lori raksasa yang bawa kayu cengal raksasa yang sudah ditebang. Bayangkan umur pokok itu, tentulah ribuan tahun. Ia jadi viral di media sosial dan timbulkan macam-macam reaksi orang ramai.

Janganlah musnahkan hutan tropika kita yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Ia adalah warisan untuk anak cucu kita. Sudahlah syarikat ladang sawit dah ganti hutan dengan pokok sawit, hutan simpan pula diambil balaknya?

Pengarah Perhutanan Terengganu berkata, pokok cengal yang berharga itu memang dapat kebenaran untuk ditebang. Beliau bagi maklumat lengkap tentang kebenaran dan syarikat pembalakan terbabit.

Bagi Awang, bukan sama ada diberi kebenaran atau tidak, tapi kenapa ditebang pokok itu?

Awang tak faham kenapa kerajaan negeri masih perlu bergantung pada hasil pembalakan.

Cari-carilah sumber pendapatan lain, bukan sumber yang merosakkan alam sekitar. Lagipun kerajaan negeri bukan dapat hasil banyak mana pun, syarikat balaklah yang kaut duit. Tauke balak yang kaya raya. Apa yang tinggal pada rakyat?

Awang harap kerajaan negeri Terengganu buka mata dalam soal ini. Awang setuju perlunya dipinda akta sedia ada bagi elakkan kemusnahan pada khazanah hutan negara.

Artikel Berkaitan:

Hutan kita semakin habis, haiwan kita semakin pupus. Begitu juga pokok-pokok yang berharga yang akhirnya tinggal nama sahaja.

Jikalau kita rosakkan alam sekitar, yang rugi kita juga.