Lim Kok Wing kini stabil

Lim Kok Wing
Lim Kok Wing
A
A
A

SHAH ALAM – Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing kini dalam keadaan stabil selepas terjatuh di rumahnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh naib presiden kanan universiti berkenaan, Datuk Gail Phung.

Gail berkata, Kok Wing telah dimasukkan ke hospital dan memohon agar beliau diberi privasi sepenuhnya agar dapat fokus kepada pemulihan.

“Universiti Limkokwing ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas keprihatinan mereka terhadap kesihatan Presiden, Tan Sri Lim Kok Wing,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau turut menghargai dan bersyukur atas minat orang ramai terhadap kesejahteraan Kok Wing.

Artikel Berkaitan: