Semak kiblat sempena fenomena Istiwa’ A’dzam

Poster Jabatan Mufti Negeri Selangor berhubung semakan kiblat sempena fenomena Istiwa’ A’dzam pada Jumaat.
Poster Jabatan Mufti Negeri Selangor berhubung semakan kiblat sempena fenomena Istiwa’ A’dzam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam boleh melakukan semakan kiblat yang tepat sempena fenomena 'Istiwa’ A’dzam' pada Jumaat.

Jabatan Mufti Selangor pada Selasa memaklumkan, fenomena itu berlaku pada jam 5.16 petang dan semakan boleh dibuat dengan beberapa tatacara.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh mendail 1051 untuk semakan jam atau merujuk waktu sirim di pautan berikut mst.sirim.my.

"Mereka juga boleh menggunakan objek yang tegak dan lurus kemudian halakan objek ke arah cahaya matahari," kata kenyataan itu pada Isnin.

Kenyataan itu juga menyebut, bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat.

"Tandakan garis bayang yang terhasil dan tempoh semakan bermula jam 5. 10 hingga 5. 40 petang," katanya.

'Istiwa’ A’dzam' ialah kedudukan matahari tepat berada di atas Kaabah dan fenomena berkenaan berlaku dua kali dalam setahun.

Artikel Berkaitan: