Insiden LRT: Abdul Hadi ajak rakyat Malaysia berdoa

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan semua penumpang yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), semalam (Isnin).

Abdul Hadi berkata, beliau mengikuti berita kejadian kemalangan membabitkan pertembungan dua tren LRT berhampiran stesen Kampung Baru itu sejak malam Isnin.

"Saya mendoakan supaya semua penumpang diuji dengan musibah ini selamat dan diberikan kesembuhan oleh ALLAH SWT.

"Terima kasih kepada petugas-petugas keselamatan dan kecemasan yang bertindak pantas dalam kerja-kerja menyelamat serta merawat mangsa terlibat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.