Kane dalam kelas tersendiri

Kane bersama trofi Kasut Emas dan Perancang EPL musim ini.
Kane bersama trofi Kasut Emas dan Perancang EPL musim ini.
A
A
A

PENGENDALI sementara Tottenham Hotspur, Ryan Mason menyifatkan Harry Kane sememangnya layak meraih Anugerah Kasut Emas dan Anugerah Perancang Liga Perdana Inggeris (EPL) berdasarkan prestasi semasa penyerang berusia 27 tahun berkenaan sepanjang musim ini.

Malah menurut Mason yang menggantikan Jose Mourinho bagi baki saingan musim ini, anugerah itu sesuai dengan statusnya sebagai penggempur digeruni dalam saingan domestik dan Eropah.

"Kane selayaknya memenangi Anugerah Kasut Emas seperti yang saya katakan sebelum ini dia merupakan pemain terbaik liga musim ini. Gol terbanyak dan perancang terbanyak menerangkan segalanya mengenai Kane.

"Sejujurnya, saya amat berbangga bermain bersama dan berkongsi pengalaman dengan pemain seperti Kane. Saya cukup bertuah dalam tempoh lima minggu kerana dapat mengendalinya semasa sesi latihan.

"Kane menjaringkan gol penting pada saat yang genting dengan mempamerkan kebijaksanaannya. Jadi secara peribadi saya gembira Kane mendapat anugerah berkenaan," kata Mason.

Kane dinobatkan penjaring terbanyak liga musim ini dengan 23 gol apabila menjaringkan satu gol dan mengumpan bola untuk jaringan Gareth Bale semasa menentang Leicester City di Stadium King Power.

Gol Kane itu membolehkannya meninggalkan pencabar terdekat penyerang Liverpool yang mencetak 22 gol musim ini.

Kane juga menerima Anugerah Perancang apabila merekodkan 14 bantuan gol mengatasi perancang Manchester City, Kevin Bruyne dan perancang Manchester United, Bruno Fernandes dengan masing-masing 12 bantuan gol.

Artikel Berkaitan: